Kediktatoran Augusto Pinochet

Pinochet menjalankan suatu pungutan suara pada 11 September 1980 bertujuan meartifikasi suatu perlembagaan yang baru. Perlembagaan baru ini memberikan kuasa yang banyak kepadanya dalam pegangan jawatannya sebagai Presiden Republik; ia turut membentuk institusi yang baru speerti Tribunal Perlembagaan, dan Majlis Keselamatan Negara (COSENA) serta memanjangkan penggal jawatan presiden sehingga 8 tahun. Perlembagaan baru ini mendapat undian setuju sebanyak margin 67.04% hingga 30.19% menuruut perangkaan rasmi;[9] namun banyak penipuan didapati setelah wawancara dibuat selepas Pinochet diusir keluar.[10]

Junta pimpinannya segera mengharamkan semua parti berhaluan kiri dalam koalisi Unidad Popular.[11] Parti-parti lain tuurt ditahan status mereka lalu kemudiannya diharamkan terus.

Pelanggaran hak asasi manusia

Kekerasan yang dilakukan terhadap penentang Pinochet turut terkesan kepada ahli keluarga dan orang awam yang berdekatan.[11]

Menurut Peter Kornbluh dalam karya The Pinochet File, tahahan Pinochet sering diperlakukan dalam cara yang begitu sadis dalam kem-kem tahanan. Tawanan wanita sering dirogol dan diseksa di bahagian kemaluan mereka atau dipaksa melakukan "hubungan luar tabii dengan anjing". Ada daripada kelompok tahanan ini dipaksa berendam dalam serta menelan air najis.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Augusto Pinochet http://www.cbc.ca/news/world/story/2006/12/12/pino... http://www.cambio21.cl/cambio21/site/artic/2012062... http://lahoradelpueblo.blogspot.com/2006/12/august... http://www.emol.com/noticias/nacional/detalle/deta... http://www.plenglish.com/article.asp?ID=%7B1D9E983... http://www.slate.com/articles/news_and_politics/ex... http://pinochet-biography.excathedra.dk http://www.elmundo.es/elmundo/2006/12/10/internaci... http://lccn.loc.gov/2008015654 http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/cltoc.html